Lirik Soutul Amal - Aku Mujahid Dakwah

Lirik Lagu Nasyid
Soutul Amal - Aku Mujahid Dakwah

Aku mujahid Dakwah
Aku tentera Allah
Anak panah Qiyadah
Mata rantai Risalah.

Aku mujahid Dakwah
Aku tentera Allah
Penghunus pedang kebenaran
Pewaris panji perjuangan.

Umpama Uqbah (Bin Nafi) mahu seberang laut
Andai di sana insan, pasti ku sampaikan
Ayat-ayat kebenaran, cahaya kehidupan.

Seperti Tariq (Bin Ziyad) bakar bahtera
Takkan berpaling maju terus mara
Bagaikan Musab (Bin Umair) Islamkan seluruh kota
Walau bersendirian tika diutuskan.

Islam kebanggaanku, Islam kemuliaanku
Bebaskanku dari gelap keakuan
Kepada cahaya kekitaan.

Islam kebanggaanku, Islam kemuliaanku
Bebaskanku dari gelap kebatilan
Kepada cahaya kebenaran.

Aku mujahid Dakwah
Aku tentera Allah
Dakwah takkan berakhir
Hingga nafas terakhir.

Postingan populer dari blog ini